Friday, March 19, 2010

Doa Penggerak (Mengelakkan dr sihir/santau/bahaya)



Dengan m'baca doa ini bleh mengerakkan hati kita utk meneruskan atau tidak bila nk melakukan sesuatu kerja2 yg bahaya. doa ni bleh di amalkan bila :

1) memulakan p'jalanan samaada p'jalanan dekat atau jauh, atau utk memulakan suatu pekerjaan yg berisiko sprti msuk hutan utk b'buru, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya.. baca 7 kali, insyaAllah, Allah akn melindungi kita...klu bacaan t'sekat2, berhenti dlu wat keje / p'jalanan tu, rehat jap, baca lg doa tu 7 kali sehingga lancar, bru mula p'jalanan / wat keje tu...

2) sebelum makan/minum di luar (restoran) utk elakkan t'kena sihir / santau.. baca 3 kali seblum mkn/minum..insyaallah mknan yg kita mkn/minum xkan memudaratkan kita... jika kita baca doa ni, klu mknan/minuman tu di sihir, pinggan/cawan akan pecah atau t'lepas dr tgn kita, sblum sempat msuk kt mulut kita...

3) kita gi ke suatu tmpat yg biasanyer tmpat makhluk halus b'keliaran atau tinggal mcm tepi tasek, dlm hutan, bangunan yg lama di tinggalkn dan sebagainya, mungkin kita terdedah kepada gangguan makhluk halus. bila kita blk rumah dri tmpat yg disebutkan di atas, kadang2 makhluk tu akan mengekori kita dan msuk ke dlm umah kita tnpa sedari. klu ada anak2 kecil mereka mudah diganggu makhluk ni, nnti anak kecil kita menangis x henti2. Utk elakkan makhluk ni masuk rumah, baca doa ni 3 kali, pastu ludah sebelah kiri sblum kita msuk dlm umah.amalkan doa ni, insyaAllah, kita xkan diganggu...


* utk amalan harian, baca 3 kali waktu pagi, 3 kali wktu ptg..

wallahua'lam...

Monday, March 15, 2010

Knowledge sharing... copy from Demang axl; from Madam Masitah

WAHAI SUAMI ..

Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi itu tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa 'Aisyah , tidaklah setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita cita untuk menjadi isteri solehah

Perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajiban bersama
Isteri menjadi tana...h dan kamu lah langit penaungnya
Isteri ladang tanaman dan kamu lah pemagarnya
Isteri adalah murid dan kamu lah gurunya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Ketika dia menjadi racun , kamu lah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok , kamu lah yg meluruskannya .

Perkahwinan menginsafkan kita betapa perlunya Iman dan Taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah Taala
Kerana kamu tidak akan memiliki isteri yg terhebat persis dalam mimpimu
Lalu kamu akan tersentak dari kealpaan
Menyedari kamu bukanlah seperti Rasulullah SAW
Dan bukan juga Saidina 'Ali KW
Kamu cuma suami akhir zaman
Yang berusaha untuk menjadi suami yg soleh .

WAHAI ISTERI ..

Perkahwinan itu membuka tabir rahsia
Suami yang menikahimu tidaklah semulia Rasulullah SAW
Tidaklah setaqwa Nabi Ibrahim , tidaklah setabah Nabi Ayyub
Tidah jua segagah Nabi Musa .. apatahlagi setampan Nabi Yussuf
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang bercita cita untuk membangunkan keturunan yg soleh

Perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung dan kamu dalam naungannya
Suami menjadi nakhoda dan kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon dan kamu penonton setianya
Sekiranya suami menjadi bisa , maka kamulah penawarnya
Seandainya suami menjadi bengis dan lancang dalam berkata kata ..
Kamulah penyabar yg selalu ada untuk mengingatkannya

Pekahwinan mengajar kita betapa perlunya Iman & Taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Insaflah , suamimu tak segagah mana
Lalu kamu akan tersentak dari kealpaan
Kerana kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna
Bukan lah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Kamu hanyalah wanita akhir zaman
Yang berusaha untuk menjadi wanita solehah

MAKA DENGAN ITU WAHAI SUAMI DAN ISTERI

Jangan lah menuntut sesuatu yg terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sesempurna Khadijah ..
Andai diri tidak mencontohi peribadi Rasulullah
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak dapat sehebat Nabi Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Nabi Yussuf
Andai kasih tidak setulus Zulaikha
Tidak usah mencari suami seteguh Nabi Ibrahim
Andai diri tidak setabah Hajar dan sekuat Sarah

Tuesday, March 2, 2010

Guru tidak boleh kenakan hukuman fizikal

2010/03/02

KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.


Kejadian berkenaan disedari bapa mangsa, Ismail Humaidi Ahmat, 45, selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. Bagaimanapun katanya, hanya guru besar dan pengetua saja mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman fizikal terhadap murid seperti merotan tapi perlu mengikut peraturan tertentu.


“Walaupun mereka mempunyai kuasa berbuat demikian, ia haruslah mengikut kaedah disediakan semasa pelaksanaan hukuman seperti dengan dihadiri saksi, dalam keadaan tertutup dan melalui cara tertentu.


“Selain itu, dalam keadaan sekarang, sentuhan fizikal antara guru dan murid memang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak (guru dan murid terbabit) dan memaklumkan kepada guru besar sekolah itu supaya menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, jika laporan didapati tidak lengkap, saya akan meminta jemaah nazir sekolah menyediakannya. Perkara berkaitan anak-anak perlu dibincang antara kedua-dua pihak dan diharap ibu bapa tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.


Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap guru berkenaan, Alimuddin berkata, keputusan hanya akan diketahui selepas siasatan terperinci dilaksanakan jawatan kuasa disiplin. Semalam, Harian Metro menyiarkan dakwaan murid OKU yang didera guru pendidikan Islam di sekolahnya hingga lebam di pipi dan kedua-dua lengannya. Zulhilmi yang menghidap ‘dyslexia’ turut mendakwa guru berkenaan akan mencubitnya apabila dia tidak dapat membaca dan ia berlaku sebelum cuti Tahun Baru Cina dan selepas sekolah dibuka selepas perayaan itu. Dia yang pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila ditanya kesan itu akhirnya mengakui kejadian berkenaan dilakukan ustaz di sekolahnya selepas dipujuk berulang kali oleh ibunya, Che Zaini Ahmad, 45.


Bagaimanapun, ketika ditanya guru yang dimaksudkan murid itu sehari selepas kejadian, dia menafikan perkara terbabit dan mendakwa Zulhilmi mungkin terjatuh ketika di rumah.



assalammualaikum...

bukn nk kata apa la, mkna nya, parent zaman skg nih xpandai jg anak la ek...xpn silap anak sbb nakal sgt :P

"sayang anak di pukul-pukul, sayang harta di belai-belai"

pk2 kn la......


daa....hahahahahahahahaha