Monday, March 15, 2010

Knowledge sharing... copy from Demang axl; from Madam Masitah

WAHAI SUAMI ..

Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi itu tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa 'Aisyah , tidaklah setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita cita untuk menjadi isteri solehah

Perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajiban bersama
Isteri menjadi tana...h dan kamu lah langit penaungnya
Isteri ladang tanaman dan kamu lah pemagarnya
Isteri adalah murid dan kamu lah gurunya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Ketika dia menjadi racun , kamu lah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok , kamu lah yg meluruskannya .

Perkahwinan menginsafkan kita betapa perlunya Iman dan Taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah Taala
Kerana kamu tidak akan memiliki isteri yg terhebat persis dalam mimpimu
Lalu kamu akan tersentak dari kealpaan
Menyedari kamu bukanlah seperti Rasulullah SAW
Dan bukan juga Saidina 'Ali KW
Kamu cuma suami akhir zaman
Yang berusaha untuk menjadi suami yg soleh .

WAHAI ISTERI ..

Perkahwinan itu membuka tabir rahsia
Suami yang menikahimu tidaklah semulia Rasulullah SAW
Tidaklah setaqwa Nabi Ibrahim , tidaklah setabah Nabi Ayyub
Tidah jua segagah Nabi Musa .. apatahlagi setampan Nabi Yussuf
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang bercita cita untuk membangunkan keturunan yg soleh

Perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung dan kamu dalam naungannya
Suami menjadi nakhoda dan kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon dan kamu penonton setianya
Sekiranya suami menjadi bisa , maka kamulah penawarnya
Seandainya suami menjadi bengis dan lancang dalam berkata kata ..
Kamulah penyabar yg selalu ada untuk mengingatkannya

Pekahwinan mengajar kita betapa perlunya Iman & Taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Insaflah , suamimu tak segagah mana
Lalu kamu akan tersentak dari kealpaan
Kerana kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna
Bukan lah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Kamu hanyalah wanita akhir zaman
Yang berusaha untuk menjadi wanita solehah

MAKA DENGAN ITU WAHAI SUAMI DAN ISTERI

Jangan lah menuntut sesuatu yg terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sesempurna Khadijah ..
Andai diri tidak mencontohi peribadi Rasulullah
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak dapat sehebat Nabi Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Nabi Yussuf
Andai kasih tidak setulus Zulaikha
Tidak usah mencari suami seteguh Nabi Ibrahim
Andai diri tidak setabah Hajar dan sekuat Sarah

No comments:

Post a Comment