Tuesday, February 1, 2011

february kembali....

assalammualaikum..alhamdullilah, 1 feb 2011 datang lagi...kini makin hari aku bersyukur akan kehidupan aku kerana diberi peluang bernafas sepenuhnya pada 1 feb 2011 ini....

celotehnya aku pada kali ini hendak cerita tentang apa yang sudah berlaku sepanjang januari 2011...hahahaha..basically, aku sah diterima bekerja di kedai buku di area subang jaya...alhamdullilah dapatlah juga kerja daripada tiada kerja...walaupun sebelum2 ini aku pergi interview di sana, di sini, di situ, di sinun....tapi hasilnya, huhuhuhuhu....tapi tidak mengapalah...apa yang penting, seperti ayah dan ibu ku pesan, jangan putus asa....kini, masuk 2bulan aku sudah bekerja di kedai buku itu...walaupun gaji kecik tapi suasana kerja amat menyenangkan disamping dikelilingi orang2 yang ikhlas dalam lakukan kerja masing2 disamping aku berkerja dengan salah seorang saudara pemilik kedai buku itu....besow wooooo pangkat dia...hehehehehehehe

then sambung ke aktiviti rekreasi aku pula.....ya, memang benar, selepas aku habis belajar ini, aku sukar dan masih susah nak terima keadaan untuk aku melibatkan aktiviti dengan mereka...aku berasa penat dan tidak terkejar dengan aktiviti yang telah dirancang dan akan dilakukan akan datang...aku sedih...bak kata MAWEE (bukan nama sebenar) aku kini berstatus "TIDUR" iaitu status ahli yang tidak aktif secara tiba2....apa aku ingin coretkan ialah aku minta maaf sangat2 kawan2....aku ingin menyertai kalian tetapi aku benar2 tengah berusaha untuk mendapatkan kerja yang waktu kerjanya lebih fleksible dari sewaktu sekarang.....doakan aku...hope aku dapat buang status "TIDUR" itu dalam masa yang terdekat......

ok, lepas rekreasi dan sukan, kini diri aku sendiri.....aku baru sahaja tamat pengajian aku dalam kursus IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN KOMUNIKASI - INSTRUKSIONAL KOMUNIKASI DAN LATIHAN MINOR PUBLISHING....setelah tamat, aku tidaklah duduk sahaja diam dengan mengharapkan kedatangan kerja kepada aku....aku membantu rakan2 aku dalam penganjuran program mereka, aku membuat beberapa kerjaan sendiri seperti menangkap gambar, membuat lakaran digital untuk koleksi peribadi dan juga terbaru membuat artikel tentang aktiviti rekreasi lasak tapi belum siap lagi sebab kekangan masa kerja membuatkan aku tiada kesempatan untuk menaip dan berfikir sejenak.....dan kini, aku masih lagi melihat, menghantar serta menghadiri temuduga untuk memperoleh kerjaan yang lebih baik dan bagus dan baik....


ada juga beberapa perkara lain yang ingin aku kongsi tapi.....................................................

nevermind, heheheehehehehe :)

sekarang ini, bulan Febuary kembali tapi dalam tahun yang berbeza....aku mengharapkan bulan February ini mengubah aku menjadi yang lebih baik dan dapat kerjaan yang mampu untuk aku membantu keluarga dan diri aku sendiri utamanya... :)

hehehehe

kalau ada apa2 komen, jomlah komen2.....aku suka sebab aku boleh "improve" @ tingkatkan lagi kemahiran menulis ini :)

daa...assalammualaikum..

2 comments:

  1. nice blog's story..
    :)
    hehehehe...kongsi la apa yg delay tu...
    kami nk tau gak...

    ReplyDelete
  2. delay 2...xpe2...biarkan sj :D hehehehee

    ReplyDelete